MAHIR MASAK (SHORT LEARNING) : Kelas Pistachio Kunafa Brownies Viral

26 Mei 2025 | Aktiviti Terkini

25 Mei 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengikuti kelas NADI x SkillForge | Mahir Masak: Kelas Pistachio Kunafa Brownoes Viral. Kelas ini bermula pada jam 9.30 pagi sehingga 12.00 tengahari. Seramai seorang peserta terlibat mendengar webinar ini.

Sepanjang sesi ini peserta telah mempelajari teknik menyediakan kunafa rangup, kombinasi rasa coklat dan pistachio, serta cara mendapatkan tekstur brownies yang lembap dan kaya. Peserta juga didedahkan dengan tip penjimatan bahan, pembungkusan menarik, serta strategi pemasaran asas untuk jualan. Penyertaan ini sangat bermanfaat dan membuka peluang baharu untuk menjana pendapatan melalui jualan dessert eksklusif ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali